Baru balik dari ziarah kematian
sebelah rumah mak, tak perasan mana satu arwah
tapi diaorang cerita muda lagi, masih belajar
bila ajal dah tiba..tak kira siapa pon dia
tak kira bagaimana cara sekali pon..kita tetap pergi
tinggalkan segala yang ada tinggalkan nama sebagai kenangan
cuma terasa ralat memandang segelintir yang datang menziarah.aku tau bukan kerja aku untuk pertikaikan keikhlasan dia..tapi bila tujuan datang semata-mata untuk makan,untuk bergelak ketawa berkumpul,terasa sedih pula bila meletakkan diri di tempat tuan rumah itu. entahlah..aku bukan alim ulama pon, tapi di saat sedang bersedih di atas sebuah kehilangan perlu pula melayan dan menghidangkan makanan untuk tetamu yang hadir.
Apa pun, Alfatihah untuk arwah..moga dia akan di tempatkan di kalangan orang yang beriman..amin!!
**mungkin juga secara kebetulan..setiap kali telinga berdengung setiap kali selepas itu aku dengar pasal kematian. Dan kerana itu jugak bila telinga mula berdengung..hati aku mula gelisah,mula resah kerana takut pada sebuah kehilangan.
Friday, March 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
yelah kak..derang ni kengkadang tak tau adab ziarah org meninggal..masa tu pulak nak mengumpat le bagai..uihhh bukan suruh nangis ke hape..cukup le sekadar menghormati tuan rumah kann..ape2 pon alfatihah untuk arwah ye kak...cheer up sis!! lately asik post sedih2 je..takmo2
Post a Comment