Tuesday, March 15, 2011

SALAHKAH MENJADI ORANG KE 3??

huh..topik kat radio yang berjaya membuat aku makan begitu berselera sekali. biasalaaaa..aku ni kalau sakit hati ke, marah ke, bengang ke makan mesti semakin berselera. siap mintak paru lebih lagi masuk kueytiaw aku tadik.

takde kesempatan nak call...eh!bukan takde kesempatan tapi malas nak call takut semakin glemer! tapi tu laaaaa...kalau tanya kat aku soklan cenggitu, jawapannya "SALAH KALAU ORG YANG PERTAMA DAN KEDUA ADALAH AKU DAN SUAMIKU!"

tapi rasanya aku boleh terima lagi kalau seorang suami berlaku curang. kecurangan yang boleh di sudahi dengan ikatan perkahwinan. yang boleh di halalkan dengan satu akad. yang aku tak buleh nak terima bila kecurangan dari seorang wanita yang bergelar isteri.

pernah mengalami peristiwa di mana seorang isteri menelefon aku merayu² mintak di izinkan untuk berkawan dgn suamiku sendiri. ramai kawan yang cakap aku gila sebab tak bertindak apa pon. yang aku bagitau kat pompuan tu "kenapa merayu kat akak??"..jawapan suamiku cukup ringkas. "tak sangka baba jumpa perempuan gila!" hah!! lelaki kannn..apa pon pasti meletakkan kesalahan kat orang lain. aku tau mungkin kesilapan suamiku bilamana dia cepat mesra. cepat membuatkan orang jatuh hati. aku pulak bukan nak menyerah kalah bila aku tak buat apa pon tapi bagi aku sangat senang. aku cuma tangani semua masalah tu dengan perasaan cinta yang ada. tak perlu mengamuk, tak perlu histeria..guna cara yang paling lembut untuk selesaikan masalah, insyaallah kalau dia dah memang jodoh kita..dia tetap milik kita.

perempuan tu???..dengar cerita dah ada hubungan dengan suami orang lain. sungguh aku rasa seorang isteri yang curang ni RUGI besar. mana taknya..lelaki tu dapat buat apa yang suami sendiri boleh buat. bebas memegang kat mana saja tanpa perlu bersusah payah bersalam ngan tok kadi. karang bila dah puas..boleh berlalu pergi begitu saja! ..huhuhu, insyaallah aku masih tahu menjaga apa yang sepatutnya dan insyaallah kasih sayang yang ada memang hanya untuk dia..dia lelaki yang bergelar suami pada aku sejak 10 tahun yang lalu.


5 comments:

PidaSanglang

sheila kes kita hampir sama...my kes plak dia rapat dgn my hubby sbb ada family problem ...mungkin mcm u ckp hubby kita ni jenis mudah mesra...tp part yg i x suka most fren kat tempat kerja dia ckp dia selalu forward 18sx email to staff lelaki..

Shiela Firdaus

dear..tu la. org pon heran apasal ai tak marah, tak mengamuk sb kalo tgk cara ai mmg garang sesangat. bila tiba part nie bagi ai kalau kita tak pandai control diri...kita macam takde beza dgn perempuan tu. sama² tak pandai jaga maruah.
alhamdullillah...cara berlembut sgt berkesan.

Ibu Arif Atan

Semoga ALLAH panjangkan jodoh kita semua amin!!!

Shiela Firdaus

insyaallah darna!

risa

dah ada pengalaman juge..tapi biarlah..kalau ada otak dan boleh berfikir mesti kite tau mana halal dan haram

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket