Wednesday, March 16, 2011

MY LOVELY PRINCESS SARAH

abaikan org yg berada di sekeliling..hehehe


Alhamdullillah dia dah berjalan,terkedek2 mendapatkan aku. walau agak lambat, di usia setahun lapan bulan baru nak menapak..aku sungguh gembira. syukur pada DIA...DIA yang sentiasa mendengar doa² dari mereka² yang menyayangi anak ini. hilang segala kesakitan melahirkan, hilang segala gundah melihat penderitaan dia selama ni.moga dia akan terus sihat sampai bila²..moga dia akan membesar menjadi seorang anak yang dapat membanggakan family dia sendiri.

anak ini berjaya membuatkan aku menjadi seorang ibu yang sungguh bangga bila sanggup menggadaikan nyawa melahirkan dia. sanggup menolak saranan doktor supaya gugurkan kandungan di awal kehamilan. doktor yang menyatakan nyawa aku lagi penting dari nyawa si anak. anak yang terakhir aku lahirkan bilamana rahim turut pecah bersama kelahirannya.

huhuhuhu....di saat DIA bagitau sarah ada dalam perut ,sepenuh kasih syg telah tumpah pada sarah. alhamdullillah biar kerap bergaduh dgn baba..keputusan ini sgt tepat. baba bukan tak sayang..tapi mama tau baba takut. ketakutan yang terpaksa mama yakinkan..kalau dah sampai ajal, tak melahirkan sarah pon mama akan pergi...pergi tinggalkan semua yang ada. dan kini..ini ganjaran dariNYA..syukur sangat²!!

Qaisarah Irdina..mama,baba,kakak & abang love u so muchhhhhhhhh.


Published with Blogger-droid v1.6.7
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket