Thursday, March 3, 2011

PELUANG KEDUA

sedang mendengar topik "PELUANG KEDUA" kat radio
hurmmm..banyak peluang kedua yang hadir dalam hidup aku
tak kira samada aku yang memberi atau aku yang menerima

yang paling tinggalkan kesan bila DIA bagi peluang kedua untuk aku terus hidup.selepas koma di ICU selama tiga hari..aku di beri peluang untuk terus menikmati pahit manis kehidupan. terus di beri peluang untuk mencurahkan kasih sayang pada semua permata hatiku..alhamdullillah sangat bersyukur walau aku tidak lagi di beri peluang untuk melahirkan.walau kadang hati merindui untuk melahirkan lagi..aku harus bersyukur kerana masih ramai di luar sana seorang isteri tidak di beri peluang untuk bergelar ibu.

dan ini juga sampai bila pon aku tak boleh nak lupa. di hari aku bercerai dengan bekas suami dulu, dia ungkapkan "ingat..kamu akan datang sekali lagi ke mahkamah syariah ni. kali ke dua kamu kena berhadapan dengan hakim tapi masa itu kamu pulak yang akan di ceraikan, akan di tinggalkan macam mana kamu buat kat abang sekarang!". aku pekakkan telinga tapi sumpah dalam hati aku menangis. jangan kata aku tidak terluka. jangan kata aku tidak bersedih. jangan kata aku gembira menerima gelaran seorang janda ketika itu. tapi aku dah jemu. jemu bila cinta tidak di hargai. jemu bila tiada kejujuran dalam rumahtangga. aku tahu dia memohon untuk di beri peluang..tapi untuk apa andai cinta ketika itu sudah mati?? untuk apa aku terus menambah dosa menderhaka pada lelaki yang tidak dapat aku hormati lagi??.

alhamdullillah..aku rasa keputusan yang aku buat dulu sangat tepat. keputusan untuk mematikan perasaan cinta pada lelaki yang bakal merosakkan kehidupan aku dan anaknya selagi dia ada dalam hidup kami. bukan aku doakan keburukan untuk dia..tapi aku lega bila aku bukan lagi sesiapa dalam hidup dia tatkala dia di timpa dengan bermacam masalah yang di cipta sendiri. aku berpegang pada satu "tiada siapa yang mampu merubah dan membahagiakan diri kita melainkan diri kita sendiri!"

dan kini..DIA bagi peluang kedua untuk aku bergelar isteri pada seorang lelaki yang tahu menghargai cinta aku. yang tahu menghormati aku sebagai seorang isteri dan ibu pada anak-anaknya. yang sentiasa ada ketika aku bergelak ketawa juga ada ketika airmata sedang laju mengalir di pipi. TERIMA KASIH ALLAH kerana memberi peluang kedua untuk aku bahagia setelah gagal pertama kali dulu.



12 comments:

DORA KOURU

assalam kakak sheila ku syg..sdey bce tau..bley dora jdi kn pgajaran.. :)

Shiela Firdaus

wsalam Dora...hurmm, ada hikmah atas sume yg berlaku kan~!

EiDa Ja'a

salam, akak...setiap manusia akan diuji, namun setiap ujian itu pula ada hikmah disebaliknye... syukur alhamdulillah akak kuat menghadapi ujian tue dan diberi kebahgiaan selepas kepahitan....

Shiela Firdaus

insyaallah Eida..terima kasih! bersyukur walau byk ujian yg dtg dlm idup ini~!

Ein

Saya pun sdg bersyukur dgn ujiam Allah. Semoga Allah bg kekuatan

risa

gagal sekali bukan bearti gagal selama2nya kan kak..hope kakak teruskan semangat demi anak2 ye..saye sentiasa berada dibelakang akak sekiranya diperlukan:)

Tina Othman

♥♥♥

Shiela Firdaus

Ein..insyaallah ein!

Shiela Firdaus

terima kasih risa...sayang kamu!

Shiela Firdaus

tina...:)

Ibu Arif Atan

Syukur diatas nikmat yg tak terhingga dari NYA..
Akak bg sy terlalu kuat menempuh dugaan & ujian ini... Saya ni akan dtg tak tahu cam ne corak kehidupan... Akak sy jdkan semangat untuk sy terus melangkah!!! syabas untuk akak!!! :)

Shiela Firdaus

tinggi sgt penghargaan tu darna..akak biasa² je! share apa yang pernah akak lalui!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket