Thursday, March 31, 2011

ALARM

SILA ABAIKAN KUALITI GAMBAR EH..SBB PIC NI DI AMBIL KETIKA LALINK TGH SIBUK TIDORKAN ANAK & SY PULAK SIBUK DUK MERAKAM BAHAN BUKTI UNTUK ENTRY KALI INI (',)

EHHHH!!..korang jangan salah sangka ehhh!! aku bukan bukak kedai handphone. ini barang bukti nak tunjuk kat korang nih. 5 biji handphone campur dengan 1 Galaxy Tab jadi alarm untuk aku ngan suami bangun setiap pagi. 3 biji tu kita org set pukul 5 am..lagi 2 set pukul 5.15. tapi percaya tak korang kalau aku bagitau kitaorang tak pernah dengar bunyik² alarm dari handphone tu!! tak tau la handphone ni semua pakat berganding bahu tak moh berbunyi atau kita orang berdua jenis telinga pekak badak!!

setiap hari mesti tersedar sendiri pukul 5.45am..hahahah!! setiap hari jugak kelam kabut, dengan nak siapkan anak² nak hantar umah kakak ipar lagi...nak bersolek untuk diri sendiri lagi. itu pasallah setiap kali bila naik keta aku terasa macam naik jet peribadi...suami memang speed tak ingat diri sebab dia masuk keje kul 6.30am kannnn...sian beliau, speed pon masih lambat jugak..apa ingat Selayang ke Petaling Jaya 10 minit ke?? (PADAN MUKA BELIAU!!)

aku rasa penyumbang pada kejadian ni mungkin kerana satu handphone pasang lagu Maher Zain, satu lagi pasang lagu Anuar Zain..lagi 3 aku tak dapat kenal pasti lagu siapa!! lagu² nak mendodoi sebenarnya tu!patutnya kena pasang lagu Ziana Zain kannnn...baru berdesing tinge dengar part chorus tu!!

** errrrr....korang nak tau satu lagi cerita di sebalik alarm nih??? kejadian dengan bekas suami. setiap kali bangun lambat setiap kali tu dia akan hempas alarm ke lantai. nasib dulu memang kitaorg pakai jam loceng..bukan handphone. memang berderai berbiji² kat tangan dia..korang kira darab sendiri laa eh..aku duk sebumbung sekatil dengan dia dalam 2 tahun lebih..so check sendiri berapa hari bekerja...banyak tu la jam loceng hembuskan nafas mereka yang terakhir. JAATkan RAMLI MOHD ZAN tu!! (ahaaaa..nasib dia takde blog..kalau tidak buleh aku backlink!!)


Published with Blogger-droid v1.6.7

5 comments:

Anonymous

pergh . jam baru bersuka ria . sebab ade org beli . last2 maty sebab kene hempas :)

Shiela Firdaus

farhana...heheheh!!sian kannn!

oshin-jamel

hehehehehhe!!!cer psg sound tembak menembak!!tgk bgn x?!hehheheeh!

eliyaezlinalias

hahaha....bule alarm buh lagu setimmm....memang layan simut la kan....

Cikya

wah,

dasyat..
patut lar, lagu mendayu-dayu.. :D
yang lepas jadikan iktibar..
face life through for future..
lailailai :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket