Monday, March 21, 2011

WANITA & DAPUR

bila jari tidak ada di FB ataupon di BLOG..tinge aku mudah mencurik dengar perbualan org lain. bukan kepochi tapi sebab suara yang berborak tu volume ala² nak pecah gegendang belah kiri. sedang duduk² (lokasi dirahsiakan demi keselamatan aku sendiri sebab orang yang akan di jadikan bahan umpatan ada dalam list follower nih) terdengar perbualan anak beranak nih. si anak, ibu dan beberapa orang lagi yang menjadi ahli mesyuarat tingkap. macam² derang borakkan..biasalahhh, WANITA kannnn. sedang mereka pot pet pot pet tu terbukak pasal topik pekerjaan. diam terpaku bila ada yang bersuara "PEREMPUAN BUAT APA BELAJAR PANDAI²..KAT DAPUR JUGAK TEMPAT DIA!". aku pandang kalendar yang tergantung..sah aku duk kat tahun 2011..bukan tahun 1911.

credit to pak google
WTH?? yang bercakap tu pulak si anak dara yang masih bersekolah..yang belum berkahwin!! bila timbul topik camtu rasa nak menyampuk je...dalam hati bersyukur kerana DIA BUKAN ANAKKU!! ringan je nak bersuara "kalau dah tahu macam tu baik la ko berenti sekolah..mengabiskan duit mak bapak je!" tapi tu laaa..sume bermain kat ujung mulut tak terkeluar. bukan aku tak berani nak bersuara tapi kalau kita dah tahu duk kat dalam kelompok yang suka menegakkan benang yang basah "BERDIAM ADALAH LEBIH BAIK!"

kesiannnn...pemikiran masih di takuk lama. mungkin dia tak sedar lelaki sekarang juga mementingkan kualiti. bukan takat punya rupa yang cantik, IQ pon dah jadi pilihan dalam mereka memilih suri hati mereka. aku tau dia cakap macam tu bermaksudkan bila dah kawin memang kena duk rumah jaga rumahtangga tapi SEDAR tak dia bila di takdirkan jodoh tak panjang,tak kira samada kerana ajal atau pon samada si dia beralih arah?? kalau tak punya pelajaran macam mana nak teruskan kehidupan yek?? aku juga tau "ulat dalam batu jugak buleh hidup" tapi kita bukan ULAT!!bukan buleh hidup ngan makan rumput rampai je setiap hari!

sangat kesian bila si ibu juga mengiyakan kata si anak...itu pasal la sekarang aku lebih suka mengadap TAB dari duk berkumpul begitu. memang elok bergaul tapi kadang macam ni lah jadinya...aku di paksa jadik "TUA SEBELUM WAKTUNYA". kadang lalink pon penah sound "SYG NI SUKA TAK NAK BERGAUL..NANTI KALAU SAKIT TAKDE SAPA NAK PEDULI!". aku cakap kat dia "SAPE CAKAP?? TIME SARAH SAKIT HARI TU RAMAI YANG AMEK PEDULI..RAMAI YANG MENDOAKAN KESEJAHTERAAN WALAUPON SEKADAR KAT FB TAU"...hahahha, alasan yang susah untuk beliau tepis..agaknya dalam hati beliau pon cakap "BERDIAM ADALAH LEBIH BAIK!!!"


5 comments:

Farah Shamsudin

herm.. kesian pada mereka tu.. sekarang ni wanita dah boleh mengejar cita2.. memang benar tinggi mana pn seorang wanita tu belajar, di rumah akan ke dapur juge.. tapi..sepertiyang sis shiela ckp sekiranya berlaku apa2 d dlm perkahwinan.. tiada pelajaran, mana nak cr keja??iskkkk!!tuela.. pendek akal.

eliyaezlinalias

berilmu tinggi xpenah menyekat diri dr menjadi surirumah yg hampir sempurna~~~

Shiela Firdaus

kannnnn..mintak jauh anak² ai pikir camni, kalau tidak ada yang nak kena kutbah nnt!

chenta ku'in

heheh!!dlu kan mse sklah prnah gak pkir camt u..skrg ni bru sy taw ilmu u pntg..

Mak anak enam

nak ckp apa like mom like dote....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket