hurmmmm..rasanya kalau simpan makin sesak nafas memikirkannya.bukan niat nak malukan sesiapa..mana tau dalam ramai² kawan yang ada mungkin ada yang dapat membantu sy dan dia menyelesaikan semua masalah ini. dah habis ikhtiar dah kami berdua lakukan, tetap tak ada jalan. minggu lepas siap amek cuti, siap amek MC nak uruskan masalah yang anak perempuan dia bawak ni..tetap tak ada kesudahan. ada smpai 3.30am baru smpai umah..kul 5 nak kena bangun semula nak pegi keje. tetap dia tak hargai..tetap dia anggap remeh.
huh..susah nak explainkan anak tiriku ni. susah nak membentuk dia..tapi sy rasa kesusahan ni masih boleh di atasi, masih boleh sy bertahan. cuma YANG PALING SY TAK TAHAN bila hampir semua orang akan berkata "penceraian punca anak itu begitu!". serious..sy tak boleh terima. cuba duduk kat tempat sy, senang je mulut² itu berkata begitu. sy tenung mata si suami..kesian dia. redup matanya seolah menggambarkan kelukaan hati yang sangat parah. sy??..lagi laaa. seolah² kehadiran sy yang punca segalanya. semacam sy mementingkan diri..kerana cinta dia pada sy anak jadi begitu.
dari tempat kaunseling sekolah, pergi ke balai polis juga orang di Jabatan Kebajikan..juga mengeluarkan pendapat yang sama. si anak tersenyum..seolah lepas dari tanggungjawab. seolah bangga apa saja yang dia buat sy dan babanya yang perlu menanggung.
sungguh..turutkan kata hati sy memang nak lepas tangan. memang nak buat tak tau sebab bagi sy ini hasil dari didikan ibu kandungnya sendiri. masa kecil di ajar untuk melawan dan tidak menghormati sy. nahh..skrg bila dah besar dgn dia sendiri si anak tidak peduli. sungguh..sy boleh menggunakan CINTA sy untuk menghasut sang suami. sy tau sy mampu membuatkan dia mengikut kata sy..tapi untuk apa?? sungguhpon si anak tidak pernah menganggap sy seperti ibunya sikit sebanyak sy masih punya rasa tanggungjawab. sy juga bertanggungjawab untuk melihat suami sy bahagia. sy ingin berada di sisi dia tak kira apa pon yang terjadi.
berapa kali airmata lelaki dia jatuh..berapa kali hati seorang ayah di hancurkan sebegitu. sungguh sy tak paham kenapa si anak begitu tega melakukan. bukan pinta banyak..cukup menjaga maruah diri dan tahu tanggungjawab seorang anak. dah sy jelaskan padanya..ya mungkin sy paham yang dia tidak berapa pandai dalam pelajaran, tapi dia perlu tahu maruah seorang perempuan itu sangat penting...lagi² dia baru berumur 14 tahun. sayang..wajah yang sangat cantik tidak di jaga dengan baik.
hari ni...setelah puas di bagi nasihat, dia masih begitu. keluar ke sana ke mari. sekolah pon dalam tempoh 45 hari..cuma 9 hari je dia pergi. selebihnya tak tau ke mana hala tujunya.
ibunya??? juga senang je berkata pada suami "awak kan ayah dia..tanggungjawab awak la nak uruskan. sy dah tak nak dia lagi!"...huhuhu, ibukah itu???? anak dah teruk begitu boleh pulak melepaskan tanggungjawab sebegitu mudah??? sudahlah hak penjagaan di tangan dia, macam tu pulak cara nak melepaskan diri...entahlah!!
ku renung wajah anak² sendiri, alhamdullillah mereka sangat² menghargai aku. sangat menyayangi aku. syukur padaNYA yang anak² aku sendiri masih tau menghormati aku. masih tau samada teguran aku teguran kerana sayang atau tidak pada mereka. syukur juga kerana hingga ke hari ni anak²ku sendiri tak pernah lupa untuk mencium pipi ibu mereka ini.
entah bila tanggapan orang yang "PENCERAIAN" punca segala masalah yang terjadi dapat di hapuskan aku sendiri pon tak tau. letih nak cakap anak sulungku juga mangsa penceraian..tapi boleh membawa diri. mungkin masih jauh untuk bagitau dia sangat baik..tapi insyaallah, smpai saat ini dia cukup membanggakan.
jalan terakhir..kami mungkin akan menghantar dia ke pusat pemulihan. sebelum dia rosak biarlah di ambil tindakan sebegini. dari kami menangis kemudian hari melihat dia terus begitu..biar je dia yang menangis di hantar ke situ. satu harapan..bila dia besar nanti moga dia boleh berfikir kenapa babanya sanggup meletakkan dia di tempat itu.
pada suami...insyaallah syg sentiasa ada untuk baba. tabahkan hati..mungkin baba sedang di uji untuk melihat sejauh mana cinta baba pada syg dan anak². cuma pesan syg hanya satu..baba masih punya anak² yang lain, jgn kerana dia seorang,lima yang lain tu terabai. apa pon jadi...syg cintakan baba!! insyaallah syg akan bantu apa saja..selagi syg terdaya dan termampu melakukannya. dan syg nak baba tau..sekelumit pon tak pernah timbul perasaan menyesal memilih baba menjadi lelaki kesayangan dlm hidup syg.syg cintakan baba..cinta sungguh²!!
6 comments:
akak...congrate sbb dah lakukan yang terbaik....sekarang serahkan pada Dia...kerana dia yang lebih mengetahui....
sayu sy bce....huhuhuhuhu!!!!! tahan air mata dr mengalir....perkara yg amat sy tkt klu terjadi pada acha....sekurangnya ank tiri akk msh ade baba/akk yg sygkan die...msh pedulikan die....tp acha hnya ade sy..xde kash syg dr papa...huhuhuh!!!
wlupn akk hnya ibu tiri dia tp akk dh buat terbaik tuk dia..cuma dia tk reti hargai akk...i'allah doakn byk2 suatu hari nti dia kn berubah..
Kak, sy faham sangat perasaan akak krn sy juga punya anak2 tiri, kita bukan menharapkan harta atau mereka sanjung kita, cukuplah dia tahu jaga diri dan maruah.. terutama anak perempuan, susah juga kan kak, umur muda lagi tu, kerana salah didik (mak kandung)akak dan suami jd mangsa keadaan!
Kak sy syorkan hantar dia ke rhaudatus sakinah di sungai buloh kak, jgn hantar ke pemulihan akhlaq biasa, takut jadi makin teruk.. sbb sy pernah ikut perkembangan budak2 dlm pusat ni kak 20% je yg kuar menjadi anak yg berguna kak!
kalu itu yg terbaik takpelah kak...biar nangis sekarang dari menangis kemudian hari..bebudak sekarang memang menakutkan...uihhh takmo cakap banyak..anak2 saye ramai perempuan...nauuzubillah
dugaan dlm menjalankan tggjawab...iA 1 hari nnt dia akan sedar apa yg tbaik buat nya...
Post a Comment