Wednesday, March 16, 2011

FAKTA..untuk di renungi bersama. <--info dari paper ok!

setiap pagi sambil drive aku memang akan bukak HOTFM..tak akan bukak channel lain. bukan sebab aku memang peminat HOTFM tapi sebab malas nak menukar channel. (huahhh...dasat pemalas aku nih..takat nak tekan button channel pon malas!) . tapi serious laaa..aku jarang nak bosan walau kadang lagu² kat HOTFM tu sehari boleh berulang² duablas kali...ehem!ehem! ini sebenarnya bukti aku seorang yang setia..tak kira dalam apa pon yang aku buat. ERKKK..lalut apakah ini???

pastu dengar la fakta yang diaorg baca dari paper tadi..kalau tak silap dari paper berita harian. korang g google sendri yer. fakta ""berhati² simpan hp di poket kerana risiko kerosakan sperma & mati pucuk". fakta yang menarik tapi boleh menjadi bahan gelak para lelaki di luar sana. korang tengok kat sekeliling korang sendiri..berapa banyak lelaki yang letak hp kat poket tapi masih punya anak lebih dari seorang. aku tengok muka lalink aku je laaaa...hah!6 orang lagi. tapi aku dah pesan kat dia..jgn nak bangga cakap fakta tu salah sebab sebenarnya kalau dia sorang dia tak hebat mana pon..kannnnnnn! kena la bagi kredit kat aku jugak!


tapi takpe laaaa..kalau menda tu betul apa salahnya berhati². gantung je hp kat leher ke, kat poket baju ke..lepas ni keluar lak fakta "berhati² sapa yang letak hp kat poket baju depan kerana di khuatiri mungkin kekurangan susu!" fakta untuk kaum wanita pulak...uwaaaaaaa, apasal pagi ni nak melucah je ni??? aku makan apa breakfast tadi yek????..errr!!sila jangan saman yer...bukan menafikan fakta ..saje bagi pandangan seposen nih.

sama gak untuk perokok..amaran yang sama di keluarkan. takut mati pucuk jugak..pon jadi gelak kat lalink aku. alasan yang sama...hisap dua kotak sehari tapi masih punye anak yang ramai. penat je kerajaan letak gambar gerun² kat kotak rokok tu..bila dia beli je dia amek marker pen g padam gambar tu. clever kan anak cik peah nih! tapi itu dulu..sekarang alhamdullillah dia dah berenti merokok..bukan pasal takut mati pucuk tapi bila aku sound & menakutkan dia punca aku lahirkan sarah yang pre matured tu sebab aku terpaksa hidu asap rokok dia hari². mungkin dia rasa bersalah kottt...tu pasal dengan kadar segera sebaik lahirkan sarah dia berenti menghisap.


tapi semua fakta ni sebenarnya banyak kebaikan..orang lain tak dapat apa pon kalau kita still buat. rugi tidak untung pon tidak. semuanya untuk kesihatan diri sendiri..kalau korang terutama kawan lelaki sayang diri korang...berhati²lah!! pasal hp tu aku takleh nak komen byk sangat sebab kalau betul pon sperma korang sendiri yang rosak, bukan aku punye . tapi pasal merokok tu..sebab bukan takat korang je penat kembang kempis hembus asap  tu..tapi orang sekeliling korang pon penat memakai perfume wangi², habis busuk melekat bau asap , lagi² kalau dari rokok gudang garam, eeeiiiiiyuckkkkk...tak buleh tahan tau!!

**panjang lebar dah ni.. moral of the story amek yang positif tau...KESIHATAN~!!

 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket