Wednesday, March 2, 2011

SELAMAT HARIJADI MAMI

Arini ari jadi mami..ari jadi yang ke 57 tahun
kalau dia masih ada biasanya pepagi dia dah sibuk call anak2 dia
dia mula akan ckp anak2 tak sayang dia,tak ingat pon harijadi dia
padahal baru je bangun pagi, baru je nak mendail no dia
mula la merajuk walaupon biasanya rajuk tu dia sendiri yg kena pujuk

itulah mami..dia sebenarnya cuma rindukan kasih sayang dari anak². dia kalau boleh nak anak² selalu ada masa dgn dia. selalu lepak², selalu borak², selalu ada depan mata dia. percaya tidak..kalau aku nak balik rumah mertua pon dia merajuk. mula dia cakap aku tak sayangkan lagi dan biasanya rajuk akan berakhir ngan dia yang kena marah. kesian mami..andai ku tahu dia akan pergi meninggalkan aku seawal itu, pasti aku turut segala rajuknya, pasti ku cuba adakan masa untuk dia walau sesibuk mana sekali pon.

biasanya kalau arijadi dia, pepagi lagi dia dah call aku.pepagi lagi dah bagitau "ila,balik keje singgah umah mami...mami dah masak ikan singgang untuk ila!"..huhuhu..tak perlukan kek bertingkat, tak perlukan makanan mewah²..dia tahu aku sangat suka makan lauk tersebut..lauk dari air tangan dia sendiri.

kali ni rindu bertamu lagi. rindu segalanya tentang dia. teringat juga dengan wallet warna merah..wallet kegemaran yang dia minta, yang tak sempat ku belikan untuk dia.


Mami..ila tak dapat bagi apa pon hadiah kat mami kali ni, ila tak dapat lagi rasa ikan singgang di harijadi mami..ila cuma mampu sedekahkan ALFATIHAH untuk mami. moga mami aman kat sana..insyaallah satu hari nanti kita pasti ketemu,ila juga akan ke tempat mami..itu pasti mi!

SELAMAT HARI JADI MAMI!!

5 comments:

Mama Nenish

ksha..

al-fatihah utk arwah mami..
kebetulan mami sebaya dgn mama sy..
mami on 02/03, mama on 11/03.. beza ari jer..
sama mcm zafry & nenish kan kak..

ape2 pun syg akk sgt! muaaahh..

Murni

Al-fatihah
utk mami shiela semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman aminnn..

THE LEKAT LEKIT STORY

Sedih pula baca entri ni... Dapat bayangkan macam mana rindu tu. Apapun Al Fatihah buat mami kamu..

eliyaezlinalias

al-fatihah adalah hadiah terbaik...

Puan Olynn

alfatihah untuk mami shiela....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket