Thursday, April 7, 2011

CANTIK

CANTIK??? dulu masa sekolah² memang bagi aku cantik hanyalah berdasarkan paras rupa. aku pernah rasa terpinggir kerana tidak mempunyai couple masa kat sekolah sedangkan kawan² lain bangga bercerita mengenai pasangan masing². bagi aku masa tu sebab aku tak cantik macam kawan² yang lain tu pasal aku tak punye sorang lelaki pon yang nak bercouple...(huhuhu..sedih!!)

zaman persekolahan aku cuma di habiskan dengan study dan aktiviti sukan. jangan tak tau..even badan berisi aku pemain hoki okey..wakil sekolah dan daerah. lari tak bape laju tu pasal coach bagi aku jaga belakang tapi kalau aku hayun kayu insyaallah kalau terkena kat gigi sume gigi buleh jatuh berderai...ngeeeeeeeee~~

pernah aku terbangun dari tidur..aku tengok muka mami. terpikir "apasal aku tak cantik macam mami ye"..sedih masa tu siap tenung cermin lagi. memang segar kat ingatan macam mana aku cakap sorang² depan cermin, time tu semua orang dah lena..dan jujurnya ada air mata mengalir kat situ.wuaaaaaa....emosi aku memang tak stabil tu. siap cakap pulak "mesti aku tak rasa nak berkahwin!"

bila dah meningkat dewasa baru perasaan tu semakin hari semakin hilang. dan yang paling memeranjatkan dalam semua kawan² sekolah aku yang mengakhiri zaman bujang terlebih dahulu. aku yang paling awal menjadi seorang isteri dan aku juga yang paling awal bergelar janda...huhuhu!sadis! tapi takpe..penceraian itu aku yang mintak..bukan dia!

so sekarang..aku cakap kat anak²...CANTIK sebenarnya subjektif. bukan semata² terletak pada wajah. cantik kat wajah kalau perangai tak elok pon tak guna. aku yakinkan pada diaorang semua orang di lahirkan cantik dan punya keunikan tersendiri. berbangga dengan apa yang ada dalam diri. bersyukur dengan anugerah dari DIA kerana bila kita menerima diri seadanya hidup pasti akan gembira. wuahaha..aku nasihatkan ini untuk bagi keyakinan kat diaorang bukan sebab diaorang tak cantik..diaorang semua sangat cantik. tapi tu laaaa..aku nak diaorang cantikkan lagi diri dengan peribadi yang baik. biar diaorang tau menghargai kurniaan dari DIA..tau berbangga dengan apa yang ada.

(AMARAN : anda tidak di galakkan baca NOTAKAKI di bawah jika anda ada simpton² juluk tekak dengan mudah. sila dapatkan pandangan dari pakar terlebih dahulu. sebarang muntah² selepas membaca notakaki ini adalah di bawah tanggungan masing² ..SEKIAN)

NOTAKAKI : dalam rasa tak cantik jangan tak tau aku pernah melalui kisah di mana dua lelaki bergaduh dan nyaris bertumbuk kerana berebutkan aku..hahahaha!! masa tu rasa macam Ratu Malaysia..Erra Fazira pon buleh nangis syahdu berbangga tengok aku jadi rebutan kannnn!. kesian derang berdua...penat gaduh², sorang pon tak berjaya dapat aku...aku terbang ke pangkuan anak Cik Peah!! lelaki yang berjaya buat aku rasa bangga di lahirkan sebagai seorang wanita...lelaki yang sedar sebenarnya aku punyai kecantikkan & keunikan tersendiri yang takde kat orang lain...CHEWAAHH! CHEWAAHHH!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket