Monday, July 18, 2011

MAMI..KAMI RINDUKAN MAMI !

Ahad 17 July 2011 petang tu ajak suami bawak anak² ziarah kubur mami
Dah lama tak pegi..bukan kerana melupakan..tidak sama sekali!
Tapi kesuntukan masa & ada macam² menda yang perlu di settle kann!
Tapi semalam rindu itu makin sarat
Aku sungguh rindukan sentuhan hangat dari mami

Baru sampai anak² aku terus berlari dapatkan kubur mami
Mungkin diaorang pon rindu sangat² dengan Nanny derang kannnn !!

moga mami tenang di sana

 


sarah yang mengutip daun kering...terharu aku lihat jari kecilnya yang membuang ke tepi daun² itu!!

mungkin di hati mereka jua sama macam aku kannnnn !

Air mata mengalir...Sarah & Zafry cuma memandang tidak memahami
Insyaallah dah besar nanti aku akan ceritakan segalanya tentang mami
Tentang ketabahan dia melaui semua liku kehidupan
Tentang dia yang sering mengingatkan anak² supaya menyayangi papa 
Tentang dia yang sering menangis bila melihat kami adik beradik bergaduh
Tentang dia yang telefon aku tapi tak aku hiraukan beberapa jam sebelum dia terus menutup mata!!

Ye mami..walau 2 tahun telah berlalu
Ila takkan sesekali lupakan kenangan itu
Kenangan di mana ila tak sempat hadiahkan mami dgn wallet warna merah
Wallet yang mami bagitau "ila cepatla beli..nanti mami mati tak sempat rasa !"
Ila yang sangkakan mami bergurau & ila juga bergurau menjawab
"org yg sebut mati biasanya lambat lagi nak mati mi!"

Kalaulah ila tau mami nak tinggalkan ila secepat itu
Sanggup ila buat apa aje untuk mami
Sanggup ila korbankan apa saja asal mami masih di sisi
Dan ila pasti tak marah mami bila mami membebel macam yang selalu mami kena
Bebellah sepuas hati kerana ila kena akui...BEBELAN ITU YANG ILA RINDUKAN SAAT INI
RINDU SANGAT SANGAT !! :'(

ALFATIHAH MAMI !!

 

Published with Blogger-droid v1.7.2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket