Monday, April 11, 2011

ANDAI BENAR CINTA ITU BUTA, BUTAKAH MATAMU??

"akak selalu nampak abang kat rumah perempuan tu. sekarang dah ada anak luar nikah dah pon. malas dah nak cakap apa..asalkan dia masih balik walaupon sekali sekala dan masih tak ceraikan akak dah lebih dari cukup!"
kata2 di atas adalah jawapan dari seorang kakak ketika aku tanya khabar dia dan anak2 sebenarnya. terbukak pasal suaminya pon bila ku tanye dengan siapa dia datang ke tempat kami bertemu. terkedu..tak tau nak cakap apa cuma dalam hati kesian bilamana cinta menjadikan seorang isteri sanggup di permainkan sebegitu rupa.

di kira seorang isteri yang taatkah dia??isteri yang solehahkah bila terang-terangan sang suami melakukan maksiat tapi membiarkan tanpa bertindak apa2 pon hanya kerana tidak sanggup di ceraikan?? sungguh..ikutkan hati memang rasa nak aje buat aduan, tapi takut nanti aku jugak yang di tuding jari..di persalahkan andai apa2 yang terjadi dalam perhubungan mereka berdua.

pada dia...cuma satu pesan daku. bangkitlah...tiada seorang pon mampu membahagiakan diri kita kalau kita sendiri yang tidak melakukannya terlebih dahulu. celikkan mata...untuk apa pertahankan cinta andai kita seorang yang bersungguh2 mempertahankannya sedangkan dia berseronok menyakitkan hati sebegitu rupa. bangunlah kak...aku percaya andai betul suami mu mencintai, dia tidak akan sesekali membiarkan air mata menitis di pipi, dia tidak akan sesekali membiarkan malammu keseorangan & dia juga tidak akan sesekali membenihkan zuriat dengan orang lain selain dari kamu!! 

wanita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi tapi dekat dengan  pelusuk hati untuk disayangi dan dicintai.CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI...dan kadangkala kita perlu lepaskan orang yang kita cintai pergi dari hidup kita.andai dia memang telah di takdirkan untuk kita...insyaallah dia akan kembali. 

BANGKITLAH KAKAK!!




1 comments:

risa

emmmm...nak cakap macam mana eh..perempuan ni sebatang kara kot kak...dia takde sape2 nak bergantung...dats y dia kata janji somi balik dah kire cukup..nanti kalo kena cerai taktau nak kemana dan taktau nak cari bantuan..kot je lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket