Tuesday, May 24, 2011

JANGAN NILAI DARI LUARAN


 sebelum baca  entry klik video atas..dengar lagu nih. dari tengahari aku duk dengar berulang²...best wehhh!!

tengok sahabat cari kerja teringat ketika aku juga sibuk cari kerja dulu. banyak tempat yang bila tulis status "DIVORCED" terus tak nak amek . interview ala kadar..tak sampai 5 minit cakap " nanti kami akan call"..elehhhh, ingat aku budak kecik kot nak bagi kata manis camtu. derang ni patutnya tak yah la nak kaber² ekkk..cakap je tak sesuai, kan senang.

ntah..aku tak tau kenapa selalu gagal dalam interview tu. frust tu memang la frust sebab keja kat fast food masa tu mana nak cari belanja nak uruskan seorang anak tanpa nafkah dari pak dia lagi..masa pulak tak tentu kat umahhh, kurang kalau keje opis aku ada masa yang teratur untuk si anak.

so aku ingat lagi bila dapat call dari Hong Leong untuk datang interview..aku tulis kat resume ngan borang kerja tu "SINGLE". hehee..time tu orang mesti percaya sebab muda lagi kannn..body pon masih macam anak sulung kerengga.

tawakal...terpaksa menipu status untuk dapatkan keje tu...dan korang tau apa?? memang dapat!! heheheh..masa tu memang happy sangat. lepas 3 tahun kerja situ baru la aku terpaksa mengadap boss citer yang sebenarnya..citer aku sorang Miss J. itu pon pasal anak aku nak masuk sekolah. surat pinjaman buku teks mesti ada pengesahan dari majikan. kalau takkkk....sampai aku berenti pon boss situ masih kena tipu.

tapi yang best bila boss cina tu cakap"itu tak penting Shiela..yang penting kita tau u boleh buat kerja!" ..hehhehe pale aku terhangguk² sambil dalam hati berkata "tauuuuu...aku tau lama dahhhhh!"

kesian kannnn...takde orang yang mintak dapat gelaran sebegitu cuma kita ni janganlah menilai dari luaran. bagi peluang untuk golongan ni tunjukkan kebolehan yang ada.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket