orang kata kalau ada menda kurang elok terjadi masa kita nak mengikat perhubungan..itu tanda ada sesuatu yang tak elok dalam perhubungan kita. mulanya aku sendiri bukan nak percaya pada menda² nie tapi bila terjadi kat diri sendiri zaman purba dulu..sungguh aku percaya. dulu masa perkahwinan pertama ketika sedang bersanding tumit kasut aku patah. orang lain nyanyi ♫ ♪ PELAMIN ANGANANKU MUSNAH ♫ ♪ aku pulak nyanyi ♫ ♪ KASUT TINGGI AKU PATAH ♫ ♪ ..adoiii, malu dia mak sorang je yang tau nyah!! mula aku anggap itu menda biasa tapi tak sampai setahun perkahwinan kami..TSUNAMI datang melanda. perkahwinan yang di bina atas dasar cinta berkecai kat tengah jalan. aku minta di lepaskan bila takde sekelumit pon rasa cinta yang tinggal untuk dia...ITU YANG MENIMPA AKU.
lagi satu..ini pulak terjadi pada salah seorang saudara yang terdekat. cincin pertunangan yang nak di sarung ke jari tak boleh nak masuk. berubah air muka si dara. aku tanye jugak kat dia "kau beli cincin ni bape tahun yang lalu?", dia jawab "baru seminggu la kakk..semalam muat lagik!"....huhuhu, secara kebetulan pertunangan mereka juga putus kat tengah jalan. tak ada jodoh kannnnn...
tapi sungguh laaaa..kadang² menda² ni macam satu tanda..risau hati ketika ingin melangsungkan perkahwinan kedua dulu. alhamdullillah...takde tanda apa² yang hadir. moga tak ada apa² yang terjadi dalam ikatan aku kini kerana aku terlalu cintakan dia...INSYAALLAH.
tapi kannn..tapi kannnn..aku jugak sebenarnya risaukan adik kandung kesayangan aku. tika majlis perkahwinannya dulu pokok bunga perhiasan di depan pelamin tiba² terbakar. berdegup kencang jantung nie.. aku sayangkan dia sangat²~!! satu²nya adik perempuan yang rapat..moga dia akan terus di beri kebahgiaan hingga ke akhir nanti. moga itu bukan satu tanda apa² pon...huhuhuhu, kalaulah dia baca isihati ini mesti dia rasa bangga kannn..sebab dia tak pernah dengar aku ucapkan kata sayang pada dia. kalau berborak 5 minit je kami elok..lepas tu aku mesti tanye dia "Dik, kau nak makan pelempang akak tak??" heheheh...dia seorang adik yang manja tapi suka menaikkan darah aku. satu menda je kami serasi..kami sama² MATA DUITAN SUAMI. hahahhaha..tang itu memang calit tangan kiri & kanan~!!!!
4 comments:
semoga ikatan persaudaraan dan ikatan perkahwinan akak kekal selamanya..insyaallah
samada suratan atau kebetulan .. kdg-kdg petanda dtg tnpa kita minta.
semoga hubungan itu dipelihara~~~
first time dgr..huhu..apa2 pun, smga Allah sentiasa merahmati hubungan kalian..
Post a Comment