Thursday, May 12, 2011

OH QISTINA BATRISYA!!


balik dari keja semalam anak sulung cakap "mama, cuba mama amek kertas periksa Qistina..cuba mama baca!" Qistina masa tu terus bangun nak ketuk kepala kakak yang tengah pandang dia sambil gelak2!

Ku ambil baca..karangan bertajuk "AKU SEBATANG PENSEL". ini cerita dari dia ~~>

Aku sebatang pensel. Nama ku kiko. Aku perbuat daripada besi. Aku di bawa ke sekolah. Pada masa itu tuan ku terpijak badan aku. Badan aku pecah dan kepala aku pecah.

Korang buleh klik gambar kat atas tu. Itu je karangan dari dia, markah penuh 30 tapi cikgu tu cuma bagi 7 aje.. itupon aku rasa 7 markah tu cikgu tu bagi part badan ngan pale pen yang pecah.

Adoiiiii Qistina..mama tatau nak marah ke nak sekeh kepala adik kuat2! Sampai sekarang bila duk ulang baca rasa nak tergelak tengok karangan dia nih. Macam mana nak mewarisi skill mama update status facebook nih????

Published with Blogger-droid v1.6.7

6 comments:

kemboja

hehe.. lawak2 juga.. tp tetap susah hati juga kak kan!

Mama Kyra

hehehe..akak,eja skt perut gelak bc karangan qiestina..tkpe nti lama2 dia blh buat karangn pjg..

Shiela Firdaus

susah sangat nihhhhhhh....

Shiela Firdaus

ni karangan org malas nak pikir ni kan eja..adeiii la anak~!!

risa

mak aihhhh...maksud dia mendalam tu kak...cuba baca dan paham betul2 ape sebenarnya yg dia nak tulis tu..
walaupon besi kepala tetap akan pecah kalau dah dibebani dengan macam2 masalah..erkss
aku pandai2 je kak;P

Shiela Firdaus

kan risaaaaaaa...ha'ah laaaaaa~!! terer la ini budakkkkk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket