Wednesday, May 11, 2011

NASIHAT UTK SAHABAT WANITA

DENGAR topik SuriaFM pagi tadi??tak ingat dah tapi lebih kurang begini :

"APA PERASAAN BILA TAHU KECURANGAN PASANGAN?"

pesan & nasihat dari saya yang juga pernah melaluinya..BERTINDAK DENGAN BIJAK~!! ingat jangan sesekali menggunakan kekerasan, jangan sesekali memaki hamun pasangan, jangan menjerit² histeria kerana ketika dan saat itu pihak lagi satu akan mengambil kesempatan untuk menenangkan pasangan. LELAKI MEMERLUKAN MASA BERTAHUN UNTUK DI FAHAMI TAPI PERLUKAN SEHARI  SAJA UNTUK JADI MANUSIA YANG PALING KITA TIDAK KENALI!

cuba berbincang dengan lembut. tahu ketika itu emosi sangat terganggu tapi percayalah jika memilih untuk melakukan semua yang negative itu takut keadaan semakin keruh. kalau ingin menangis..menagislah sepuas hati..lepaskan kesedihan sehabis²nya tapi lepas tu cuba bangkit. ajak dia berbincang. INSYAALLAH kelembutan kita boleh melembutkan hati dia. sedarkan dia kasih sayang kita pada dia tidak bertepi. bagitau dia perasaan cinta kita pada dia dengan sebenar²nya. percayalah...andai dia masih jodoh kita dia akan kembali semula ke pangkuan. tapi apa pon yang kita lakukan kena ingat...JODOH PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket