Thursday, March 10, 2011

UNTUK MEREKA YG BERNAMA WANITA

hurmmm..entry kali ni bukan nak membuka aib sesiapa cuma nak citer menda yang buleh kita amek sbg pengajaran. kalau salah tolong betulkan aku sama eh. ni pasal status kat FB aku tadi "CINTA JUGA MAMPU MEMBUNUH". seriously..bagi la alasan apa pon kat aku, bagi la seribu sebab kenapa sanggup membiarkan diri di cederakan, sanggup biarkan diri di lukai semata² kerana cinta..otak aku tak buleh terima!!! yang nie aku cakap lebih pada yang sudah punya ikatan yang sah..suami isteri, yang belom kawin dah kena pukul tu BODOH la namanya!! hampir kesemua kawan² aku bagi alasan bertahan sebab "terlalu sayang" sebab "malu bergelar janda"..huh! aku jugak penah jadi janda, tak mati pon. alhamdullillah mampu je besarkan Yuyun walau ketika dapat title janda tu gaji cuma RM750. tak dapat sesen nafkah pon dari dia. yang penting diri kita sendiri. cara kita membawak..bukan title tu. even kalau tak janda pon, ada gak yang peel dia nauzubillah kannnn.

bukan aku galakkkan bercerai..TIDAK SAMA SEKALI. tapi pikir sendiri..takkan nak biarkan mata lebam, badan berdarah sana sini semata² nak pertahankan cinta tu?? kalau sebelah pihak je memikirkan bertahan demi cinta..yang sebelah lagi anggap kita punching bag..untuk apa???? kesian kat anak² yang hari² tengok ibu sendiri di dera..tengok keganasan yang terjadi dalam rumahtangga. jangan salahkan anak² pula bila satu hari diaorang dah besar turut sama jadi kaki pukul!!!

paling tak boleh tahan bila menghina isteri sendiri. ini memang live kat depan mata. boleh gelar isteri 'babi, binatang bodoh, semut itam, bangang" and etc...tapi malam² yang di hina tu la yang buat bantal pelok kan?? yang di hina tu la tempat melegakan air yang bertakung kat kepala..huh!!im sori..selain kisah buang,dera bayi..kisah kena dera ngan suami pon aku memang anti giler. seriously masa mula bercinta dulu benda pertama yang aku bagitau kat suami aku "sekali u naik tangan kat ai..u tgk apa jadi"..alhamdullillah dia tak pernah naik tangan even kemarahan sgt membara, abes² dia tumbuk dinding. <---tu dia punya pasal la kan, tangan dia yang sakit!! (aku salah sorang isteri yang suka membantah sebelum ikut kata² dia 100%..asalkan aku tahu bantahan tu betul laaaa!)

so nasihat aku kat kengkawan yang banyak mintak nasihat kat aku yang pernah di lempang masa perkahwinan pertama dulu (salah satu punca nape dia dapat gelaran duda!)..BANGKITLAH!! jgn sebab cinta sanggup buat apa saja. sanggup biarkan darah mengalir dari tubuh sendiri. takkan nak tunggu ada nyawa yang melayang baru nak bertindak???percayalah..andai dia betul² cintakan kita takkan dia tegamak untuk mencederakan. cari jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah...dan untuk selesaikan ni bukan semata² minta perpisahan. perpisahan jalan terakhir bila semua itu tiada kesudahan. 

TIADA SIAPA YANG MAMPU MENGUBAH & MEMBAHAGIAKAN DIRI MELAINKAN DIRI KITA SENDIRI.


**entry ni bukan nak menyakitkan sesapa..tapi lebih pada pengajaran yang boleh kita amek bersama²..moga kita wanita sama² bahagia dengan orang yang kita cintai..hingga ke akhir nanti..INSYAALLAH! MAAF ANDAI ADA KATA YANG MENGGURISKAN HATI.

15 comments:

risa

yessssssssss...ai like le kakak!!! wanita kena kuat..wanita sekarang bukan wanita yg boleh mengikut semua telunjuk lelaki..lagi2 kalau dia tu bukan boleh memimpin kite kannnn

eliyaezlinalias

kak, nk kopipes n3 neh sbb nk emel kepada yg memerlukan nasihat..bule????

Shiela Firdaus

kalau risa nak tau..cara ai berpisah dulu pon ganas!! nak bercerai tak nak bagi...tapi menyakitkan hati sepanjang masa!!last² kita panggil lori angkat sume brg...rasa tindakan tu sgt tepat sbb tak perlu lagi lalui segala mcm karenah yang membebankan!!

Shiela Firdaus

sila El...buleh saja!

Kasih Ibu Arif

Yupp.. kak, kenapa harus bertahan dengan sikaki pikul & maki.. Sy plak alhamdulillah walaupun sy begini sekurang2nya somi sy bukan kaki pukul walaupun dia betul2 marah.. yang dia buat dia tumbuk kotak hahah kotak bukan dinding (tp bukan dgn sy la masa tu)

Mama Damia

akk,sedih bc entry ni..

Its all about Life

agreed sis. :)

Shiela Firdaus

Darna..ai mmg tak buleh terima laaaa..cinta bukan utk di sakiti!

babylove

saya tatau kenapa sy sgt suke N3 kak shiela ari ni.. huhuh . tersentuh naluri keisterianku...

Shiela Firdaus

Eja...sy bukan tak syg dgn perkahwinan pertama dulu..tapi sy punya prinsip, kalau tak nak berubah setelah di beri peluang berkali²..biar sy yg buat keputusan! alhamdullillah selepas gagal dulu..DIA bagi sinar yang sgt bahagia untuk sy!!

Shiela Firdaus

thanks dear! <--it all about life!

Shiela Firdaus

tenkiu nurul!

Nora Mie

sgt setuju dgn entry akak nie.. dn sy jga msih brpegang dgn janji yg sama akak bg kt hby akak.. skali tgn naik ke muka, jgn harap dia dpt sentuh sy lg.. skrg nie sy jd pnasihat plak pd adik sy.. yg merelakan diri dikasari laki.. lelaki yg knonnya snggup seidup smati, snggup bwk lari adik sy dr kluarga.. knonnya trlalu syg adik sy.. tp akhirnya, tgn hinggap jga dimuka dn dibdn.. wanita skrg diberi byk plihan utk mmilih jln yg lebih baik dan bhagia drpd terus²an setia secara mbabi buta.. setia dn syg la hanya pd lelaki yg pndai mnghargai cinta.. syabas kak sela!!

Shiela Firdaus

tenkiu Nora..kita mmg tak boleh! tak akan terima alasan apa pon bila sorang wanita sanggup di sakiti semata² kerana cinta! mintak² anak² kita di jauhkan dari menda² mcm nih!

asObet

i luv u akk
*keledek jawo~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket