Sunday, May 29, 2011

Tabah lah hati

Ya Allah..dari tadi dia merengek
Bukan yang bongsu tapi si abang nih
Sekarang ada kat riba
Tatau dia nak apa sebenarnya
Nak kata pelat tidak
Nak kata nak penampar pon tidak
Tapi seriously sungguh menguji kesabaran

Bila nak memukul mula aku menyedarkan diri
Biarlah..biar mcm mana pon akan di layan rengekan ini
Akan cuba untuk terus tabahkan hati

Bila lihat perangai merengek ini
Tiba2 je kejadian yang menyayat hati tahun lepas segar di ingatan
Masih jelas anak kecil itu merengek2 tanpa sebab
Aku yg lihat pon jd kesian pd si ibu yg terus bersabar
Bagi makan dia tak nak
Di pujuk pon dia terus merengek
Akhirnya aku lihat si ibu ilang jua kesabaran
Di tolak si kecil kerana terlalu geram
Datang si ayah terus mendukung memujuk

Esoknya petang suami telepon mengkabarkan berita duka
Si kecil yang meragam semalam kemalangan
Kemalangan yang meragut terus nyawa dia
Ya Allah..bila ingat wajah dia pasti air mata bergenang
Saat ku cerita ini juga aku menangis

Aku tak tau apa perasaan si ibu
Yang aku boleh bayangkan
Mungkin si ibu menyesal tidak berkesudahan
Rupanya itu saat2 akhir si anak
Ingin bermanja kerana tau ajal sedang menghampiri

Pada si ibu..tabahlah. DIA sedang menguji kamu. Yang pasti si kecil menanti kamu di pintu syurga. Peristiwa yang betul berlaku di depan mata ini lah salah satu penyebab kenapa aku sering mengalah dengan si anak.. berdoa aku akan terus di beri peluang memanjakn mereka, terus di beri peluang untuk memujuk ketika rajuk menyapa..INSYAALLAH.
Published with Blogger-droid v1.6.7

8 comments:

Unknown

Ya Allah sedihnya citer tu..xpelah kak..walaupon merengek anak mcmner pon..ade sebab knpe dia bgitu...

bersabar la kak yer..

Ummi Alesya Sofea

alahai..rse nk nangis lah plk liza bc entry kkak. :(

DJ Music
This comment has been removed by the author.
halila Ibrahim

kesianya cerita ni.. sy pun kadang2 marah jugak anak2 tapi selalunya tak de la marah lama2 sekejap je,,, lg pun tak sampai hati kesian depa budak2 ..

fathiyyahISMAIL

sedihnyaa :'(

ain roxmum

sedey nye kak...ain pun selalu diuji dengan rengekan pp mmerah..tp kdg2 kalah juge dgn ujian namun malam sebelum tido mesti cium dia sepuas mungkin..

Shiela Firdaus

kan Azizah..sedih sangat.

Liza :,(

halila..tu laaa, kalau marah mesti tak buleh lama.

fathiyah :,(

ain..kannn, cium sepuas²nya!

ieda

sedihnya cerita tu kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket