hari sabtu pagi tu aku nak keluar dengan encik suami
plan tanak bawak anak sekali sebab leceh nak kawal dia
so masa dia pegi beli nasik lemak dengan kakak dia
aku ngan suami cepat² bersiap
bila nak pegi kat keta elok je dia muncul tetiba
"mama nak pegi mana ni?" adushhhhh..budak kecik ni pakai magic ke
bila aku cakap "mama nak work la abang"
dia cakap "tipu...ni bkn suar keje!" sambil tunjuk jeans aku
alamakssss..aku lupa dia pandai macam aku..hehehehe
tatau nak cakap apa aku suh dia masuk umah
aku buat janji palsu "abg pegi tukar baju..mama tunggu kat keta!"
sambil angguk dia jawab "okeyyy..mama tggu jap ye! abg mandi kejap je"
muka penuh pengharapan..aisehmannnnn, terus aku cakap kat suami
suh bawak je dia sekali dengan kita org
bukan apa kadang kita tak perasan sbg parents kat derang ni
kita banyak buat salah
yang nampak remeh kat mata kita
tapi sebenarnya bagi impak yang besar kat anak²
aku terbyang kalau dia dah siap mandi
dia datang tengok aku dah takde
aku terbayang muka kecewa dia nanti
tu pasal aku tak jadi tinggalkan dia
aku pernah baca..menipu walaupon kecik pada anak²
sebenarnya sangat tak elok untuk perkembangan derang
takut bila terbiasa mereka juga mula belajar menipu
cari alasan terbaekk kalau kita tak mampu penuhi kehendak mereka
cuma sebagai mama yang punya anak yang cukup petah berkata²
aku kadang tak punya jalan yang lain
terpaksa juga menipu...kalau tidak..uhhh!!susah mau cakap
tapi takpelaaaa...tipu aku selalu kategori tipu sunat
tipu menyelamatkan keadaan
hopefully bila dah besar sikit dia nanti paham kannnnn (",)
Tuesday, June 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
moral of the story, nak tipu budak jgn kantoi....hahahahah
sangat bagus.. saya suka.. mekasih berjuta juta kali kerana mengingatkan saya juga
cerita yg bagus lah!
Post a Comment