Wednesday, June 8, 2011

KISAH DULU-DULU

tengah duk google tadi ternampak rokok ni


thanks google












teringat dulu² masa ada Cik Itam (atok aku neh..tatau pasal panggil cik itam. maybe sebab kulit dia la kannn) bila dia nak hisap rokok daun ni je aku mula la menyendeng² kat sebelah. merengek nak belajar gulung. merengek nak isap rokok tu jugak. Cik Itam aku sporting..dia memang akan hulur tapi bila nenek aku nampak kitaorang mesti kena jerit...time tu dua² jadi takut, biasalaaa, orang tua kalau bebel...ishhhh!! seriau dengar !!

ingat lagii..seronok tau belajar gulung menda ni. masa kecik dulu bukan terer pon, gulung² tapi still longgar. karang bila test isap api kejap² padam. heehehehe..terbayang muka Cik Itam berkain pelikat tak berbaju duk gelak pandang muka aku (",)

ada lagi satu kenangan dengan Cik Itam, bila nak masuk maghrib je aku akan tolong dia pam lampu macam kat bawah ni. dulu² mana ada elektrik rumah dia...pam² lama terang benderang rumah. rasanya dah tak jumpa kot lampu macam ni kannnn.

thanks google















huhuhu...banyak kenangan dengan derang dulu. kalau arwah Cik Itam ada mesti dia banggakan sebab walaupon masa kecik aku meroyan nak hisap rokok daun tu..besar-besar ni takde pulak aku jadi seorang perokok (",)


4 comments:

kakchik@ella

rokok daun eh?? teringat zmn kekecik dulu .. melopong tgk pokcik-pokcik gulung daun. hihi

oshin-jamel

hehehehheh!!pnh gak men ngn rokok gulung nie...hehehehe!!!

Mawar Berduri

okay.. aku nak mengaku.. aku pernah hisap rokok daun ini masa kecik-kecik dengan atok aku.. sempoiiii... hehe.. daun dia jak la.. tembakau takde..

a pis of art

rokok daun dulu kini dan selamenye.. nak balut pun de cara..salah balut,daun koyak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket