Thursday, June 23, 2011

SELAMAT PAGI


Good Morning
Pepagi yang indah...tambah indah bila celik mata capai Tab masuk facebook
kekkkeee...tak buleh buat apa, aku termasuk dlm kategori penagih tegar facebook
cuma aku jenis tak menggigil je kalau tak dapat log in
kalau menggigil...sumpah korang tak leh beza aku dgn penagih dadah..kan ! kan !

Pagi macam biasa selalu aku akan check email, inbox , balas komen kwn yang menegur
cuma pagi ni di kejutkan sikit dengan manusia yang suka mencari masalah
aku kan ada buat baby contest kat page aku sendiri
ada makhluk tuhan yang boleh komen kat salah sorang kawan aku
"nak vote macam mana kalau dah tak comel?"
ekkkkkk..perlu ke dia berkata begitu??
orang macam ni aku labelkan "orang yang kurang kasih sayang"
berkata begitu kerana nak tumpuan di beri pada dia.... ish ! ish!
tak yah susah²..meh datang kat aku
aku tau caner nak bagi hargai orang yang ada kat sekeliling..meh!

Pastu pagi tadi kul 6.00am masa keta tengah tggu lampu merah bertukar hijau
(ehhh..baik plak lalink kannn..biasanya pepagi suka langgar lampu merah!)
ternampak sorang perempuan muda..maik aihh! seksiiii!
putih melepak, berbaju singkat nampak peha dan keseluruhan bahagian belakang
nak kata hantu..tengok kaki jejak bumi, kasut pon siap tali yang lilit² betis tu
hantu mana pakai kasut seksi kannnnn....
(eh kejap...lalink tak langgar lampu merah sbb dia pon perhati pompuan ni kottt!! cisssss!!)

dalam hati aku masa tu cuma terdetik "6pagi..tak sejuk ke minah nih?"
bila lampu hijau lalink terus jln tp aku nmpk ada kereta wira menghampiri pompuan tu
muka pompuan tu macam tetiba ketakutan
aku tengok dalam keta tu ada 4 orang lelaki
driver rambut serabai gila..muka orang pecah umah
erkkkkk...dalam hati aku pikir bukan²
aku imagine pompuan tu di tarik dalam keta & di perlakukan dgn menda yg tak elokkkk

uishhhh...biar aku tak kenal pompuan tu pon dalam hati berharap agar dia selamat
moga hanya otak aku yang berpikir bukan² :-(
pikir positiff...itu kawan dia kan ! kan ! (tapi apasal muka pompuan tu takuttttt?)

tapi itulahhhh...walaupon orang kata pakaian bukan penyebab kes rogol
tapi kena akui jugak..itu juga penyumbang kepada kejadian itu
erkkkk...ter speechless pulak sbb otak aku sbnrnya masih imagine bukan²
takleh nak buat apa sbb memang dah azali otak aku jenis separa 18sx !!

** hopefully itu bukan Seth Tan yang penah perkosa Nora Elena dulu kannnnn !!



5 comments:

risa

mulut sape lah yg baaaaiiikkk sangat tu ye kak...ish ish ish
perempuan seksi tu?? emmmm basru balik dari kegiatan malam le tu kak..4 org tu org2 dia lah nak amik duit hasil kerja dia tu..haishhh
nauuzubillahhhh

oshin-jamel

haaa..cam btl aje ape yg dikata oleh kak risa tue.huhhu!!moga² pompuan tue x ape²..mmg kurang ksh syg kan ckp ank akk cam tue!!klu sy mmg kne smackdown dah!!hahaha!!

aizamia3

kita memang tak boleh nak tutup mulut orang macam kita tutup mulut tempayan.. jari apatah lagi.. biarlah dia.. kekadang Allah kalau nak balas takde tanguh2.. biasanya dapat CASH..

pasal awek pakai seksi tu pulak, sedarlah diri.. bila dah kena baru nak sedar tak guna dah.. doakan jelah dia selamat..

Ibu Darwisy

entah mesti mulut xde insurance..pasl pompuan seksi tu..udah tentu mukan nora elena..hehehehhe

Nurfaizah M Nor

lain kali kalau nak berseloroh pun kena fikir dulu apa yg nak dikatakan. jgn sampai kata sendiri memakan diri. tak baik tau! semua ciptaan Allah adalah yg paling cantik di muka bumi ini. kalau dia kata tak comel tu tandanya dia menafikan kebesaran NYA....Astaghfirullahalazim....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket