Wednesday, June 22, 2011

KITA SALING MEMERLUKAN

THANKS TO GOOGLE
satu kelemahan sikap aku yang sebenarnya..aku cepat merajuk
cepat juga mengalir air mata bila tengok nasib org lain walau takde kena mengena dgn aku
tak boleh tengok atau dengar apa² yang sedih mesti hati turut sama menangis
ini semua selepas aku lahirkan Sarah dulu...
koma ketika melahirkan, tengok penderitaan Sarah utk teruskan kehidupan
menjadikan aku semakin menghargai hidup,semakin mudah menyayangi

sama jugak kalau aku nampak orang yang meniaga
kalau terpandang ada makcik yang meniaga goreng pisang ketika hujan yang lebat
aduhhhhh..terbayang kalau itu orang tua aku sendiri..kesian kan!
kalau pegi pasar ternampak ada gerai yg takde orang singgah
cepat² tarik tangan suami sambil ckp "kesian dia kan ba..takde org pon beli!"
suami dah paham sgt peel aku..memujuk smbil cakap "takde rezeki dia hari ni"
suami tambah lagi "tapi sayang jgn tak tau..kadang derang ni lg byk duit dari kita"

ahhh..banyak duit atau tidak itu bukan masalahnya
yang aku bangkitkan cuma perasaan sedih
kalaulah aku banyak duit..mesti aku beli apa yang org tu jual

sebenarnya entry ni cuma nak melahirkan rasa kesal dgn sesetengah pihak
suka pandang rendah dengan kedudukan orang lain
ye tau kita dah berada di satu tahap yang agak selesa
tapi kita tak patut pandang hina pada orang lain kannn
tanye siapa saje..takde orang kat dunia ni nak jadik susah..nak jadi miskin
tapi apa dia boleh buat kalau rezeki dah tertulis takat itu aje kannnnn

even orang tu keje angkut sampah..
tak perlu tutup idung ketika lalu di sebelah dia yg sdg bekerja
jaga hati orang tu..cukuplah dengan bernafas gunakan mulut
sebab kita kena pikir..kalau semua org pon tanak buat keje mcm tu
apa akan jadi sekeliling kita???....

huahahahah..entry ni terlalu berkias
aku perlu jaga hati orang sebenarnya sbb yg melakukan sikap ini kebykan di sekeliling aku
kata ringkas...KITA SALING MEMERLUKAN
jangan lupa memandang ke bawah ketika kita sudah berada di kemuncak !!


2 comments:

Anonymous

Bola yang dibaling selalunya akan melantun kembali ke arah orang yang membaling. Hidup ini ibarat roda...satu masa gagah di atas...tak mustahil akan tersungkur menjunam ke bawah kalau tak berhati²

risa

kena selalu muhasabah diri...
hari ni kite tewas dan kena gelak..
insyaallah esok2 kite menang dan melompat...org2 yg suke pandang rendah org lain tu tak tau..sekali dia gelak..seploh kali org doakan kejatuhan dia..huhuhu
*ku amat perlukanmu kakak!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Photobucket